Thursday, August 16, 2012

Perkara-perkara Sunat di Hari Raya Aidilfitri


Bulan Ramadhan Al- Mubarak adalah bulan yang paling aku nantikan setiap tahun kerana ianya adalah bulan yang penuh kerahmatan dan keberkatan. Setiap malam bulan Ramadhan sangat meriah. Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan. Malam yang ditunggu/dicari oleh setiap umat Islam ialah malam Lailatulqadar, dimana segala doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Semua orang akan mengambil kesempatan untuk membuat segala kebaikan dan alaman-amalan yang diperintahkan oleh Allah terutama bersedekah dan meningkatkan amal solat sunat, berqiamulail dan sebagainya. Berpuasa dibulan Ramadhan adalah rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap orang yang beragama Islam. Puasa adalah jihad kecil kita kerana kita perlu melawan nafsu sendiri selain menahan diri daripada lapar dan dahaga. Jihad kita lebih besar selepas itu sebenarnya. Perjuangan kita adalah sepanjang hayat kita.

Sudah 27 hari kita berpuasa dan InsyaAllah tinggal 2 hari lagi sebelum kita bertemu dengan bulan Syawal. Pastinya sebut tentang Syawal, ianya adalah menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Hari Raya yang disambut selepas berpuasa sebulan di bulan ramdhan menunjukkan kemenangan setelah kita Berjaya menahan nafsu dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa. Ramai yang tidak tahu, dihari kemenangan banyak perkara-perkara sunat yang boleh kita lakukan. Bukan sahaja kita disuruh meraikan kemenangan tersebut, malah Allah menjanjikan pahala kepada kita. Antara perkara-perkara yang sunat dilakukan semasa bulan Syawal.

1. Mandi Sunat Hari Raya Sebelum Mengerjakan Solat Hari Raya.
Bangunlah pagi-pagi dan bersedia untuk solat hari raya. Janganlah malas kerana solat hari raya nie 2 kali je setahun. Aidilfitri dan Aidiladha. Sepertimana Ramadhan , mungkin Syawal ini adalah yang terakhir untuk kita.

2.Memakai Pakaian Baru .
 Memakai baju baru itu mestilah dengan penuh penghayatan supaya kita lebih bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Fikirkanlah bahawa ada orang lain yang berpuasa tetapi tidak dapat meraikan kemenangan dengan pakaian baru. Namun, sekiranya tidak mampu, pakailah pakaian terbaik yang kita ada semasa Hari Raya Pertama tersebut. Alangkah MAHA PEMURAH Allah, menyuruh kita bercantik-cantik dan dalam masa yang sama Allah memberi pahala kerana berbuat demikian. Subahanallah….

3. Makan Dahulu Sebelum Pergi Solat Hari Raya – untuk membezakan Hari Raya bulan Syawal dengan puasa Ramadhan. Makanlah walau sedikit pun.

4. Memperbanyakkan Takbir

5. Memberi Sedekah Kepada yang Memerlukan – di bulan Ramadhan ramai orang akan berbuat sedekah dan sebagainya. Namun, amalan itu tidak terhenti di bulan Ramadhan sahaja. Bersedekahlah pada bila-bila masa. Amalan memberi  duit raya juga boleh dianggap sedekah. Bukan jumlah jadi ukuran, tetapi keikhlasan.

6. Menghidupkan amalan ziarah menziarahi- amalan ini dapat mengeratkan lagi hubungan kita sesame manusia. Kemungkinan hubungan yang keroh akan menjadi jernih. Semasa berziarah inilah lazimnya kita akan bermaafan diantara satu sama lain dan banyak doa-doa yang kita perolehi untuk kesejahteraan. Bagi yang menerima tetamu, makin bertambahlah rezeki yang mungkin Allah berikan pada masa akan datang.
Marilah sama-sama kita amalkan perkara yang baik. Allah itu MAHA ADIL, bersyukurlah Allah memberi kita rezeki dan nikmat tidak terhingga apabila kita masih boleh dan mampu untuk menyambut Syawal. Alhamdulillah….

No comments: