Sunday, March 13, 2011

Hari ketiga @ 19 feb - Desaru owh....

(Zack) : Azura,
Akan ku pintal buih2 dilautan...
-------------------------------

haaaa tu diaaa.. pantai nyer Desaru..
sampai gak akhirnya aku kat sini. tapi sampai2 jer dah ada bendera "merah" maksudnye takleh mandi @ ciblon. end up aku melayan perasaan sambil snap gambar beberap utk dijadikan kenangan2 untuk dibawa pulang dan dikongsi bersama peminat. eh silap bersama keluarga. tapi aku tengok ramai jer yang mandi, tapi takat dekat2 jer la ngan gigi air tu. tapi ombak memang besar dan angin memang kuat. bukan takat sepoi2 bahasa dah tu. mata aku taleh nak celik sbb angin kuat sangat. heheehheehe. sempat la pknik dan habiskan beberapa ketul nasik dan lauk pauk yang radhi masak. antaranya sambal udang. eh masak sambal udang ni sabtu ker jumaat eh? tiba2 aku lupe. hehehehe.

kami g ngan ecah and hamdi..
sampai sana around 5. then kami stay sampai jam 630pm. before bergerak pulang ke umah. sblm tu sempat g lagi ke "KIP MART" kali ni betui eja. nanti radhi komen. haha. beli sket buah dan ikan kut. then sempat org tu grab seluar. hehe. pastu kami decide nak try makan kat RNR bandar tenggara. so pekena nasik goreng kampung ngan satay.

puas hari ni berjalan. ermm. esok dah nak gerak pulang ke KL. ermm macam sekejap jer rasa walau pun dah bertandang ke johor sejak hari rabu - ahad. erm bape hari tu. hehehehe. cuti gini baru beh.

pasni 2nd trip will be on June 2011 sbb nak attend wedding adik radhi. :-)


see u soon Kulai!!!!!!!!!!!!






.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, March 12, 2011

contd..17 feb ~ khamis ~ hari kedua di Johor, bermalam di Kulai..

dinner time..
masa ni aku dah siap2 berkemas dan mandi manda. suda wangi maa. masa ni radi planning nak g bawak makan stimbot kat JB. so kami terus ke JB. hehehe. pekena stimbot malam tu. with ecah and Hamdi and oso bakal adik ipar radhi. Mimi. heheh. balik dari JB terus sampai umah dan zasss... zzzz.. radhi pesan esok nak g ronda2 area bandar tenggara. wheeeee..............

18 feb ~ jumaat ~ hari ketiga - touring Bandar Tenggara dan Felda Sungai Sibol.
pagi2 jer celik mata radhi dah kejut suh bangun cepat. sbb nak bekpes. awal pagi tu kami bekpes lontong kegemaran cik radhi. yang paling sedap katanya di bandar tenggara. hehehe.
tapi mmg sedap pon, even lontong tu antara favret jugak. hehe. habislah semangkuk dua. ditambah ngan kuih muih yg pakcik beli kat pasar pagi. hehe. favret spot radhi and family utk beli makanan.
lepas siap2 bekpes tu, radhi dah pesan pasni nak g jalan2 area bandar Tenggara. so tanpa segan silu terus siap2 lah. masa tu pusing keluar daripada rumah radhi, terus g tengok Sekolah Rendah dia... jiran2 tetangga, sekolah agama cik radhi, then terus pusing masuk bandar tenggara. pastu sempat lagi tengok kilang tempat radhi keje duluk. hikhik.

lepas pusing2 tengok sekolah menengah cik radhi dekat ngan pejabat pos, aku nampak ada satu area fudkot. masa ni aku sangat teruja, sbb radhi kata actually tu bukan food court biasa, tapi tu kire macam RNR di bandar tenggara. wheeeee............!! sangat cool aku rasa. sbb kat tengah2 kawasan felda ni ada RNR. hehe. rupe mmg macam RNR cuma a bit kecik. radhi kata kawasan ni merupakan laluan utama kalau lori besar2 masuk area Kluang. so depa akan berenti rehat kat sini. yes, in fact time tu mmg nampak banyak lori berhenti. hehe. aku macam terkesima kejap sbb begitu teruja. hehe.

lepas tu pusing2, tengok tempat2 familiar radhi and family such as :
- GREEN POINT,
- PASARAYA OREN,
- MAYBANK....

lepas sebok dah berjalan2 kat bandar tenggara, then pusing lagiks.
kawasan bandar tenggara ni luas jugak. cube tgk ada google map yang aku letak dulu kat posting before. mmg diseliputi luas dengan pokok kelapa sawit. hehehe. tapi aku suka tengok. sbb mmg dah biasa tengok since kat kampung aku pon banyak kape sawit. actually at the same time nak ingatkan jalan kalau nak pegi lagi ke sini during wedding @ june nantik.

at this point of time Ecah dah sampai ngan hasben dia Hamdi.
pekena lauk pauk radhi masak utk lunch nyummy. ikan bakar, udang sambal, sayur campur. tapi aku baru pasan masa kat umah radhi mmg kami tak snap apa pon gambar. hehe.
yelah, just to have our private moment kan, macam takleh nak berenggang pulak ngan kamera. hehe.

masa ni masing2 dah kepenatan, then nak rilek sbb ada planning nak g Kota Tinggi or Desaru for piknik esok, Sabtu...... but decided to go Desaru...........!!!!!!!!

bersambung next posting yeah, nak tambah gambar sket. ahahs.





Friday, March 11, 2011

17feb - hari kedua @ JB and Bandar Tenggara, Kulai

ok. hari kedua ye. sila baca elok2. duduk diam2 kat kusi tu eh. nanti jatuh plak.

masa hari kedua tu, dapat call dari radhi. taim tu tengah lepak2 kat bilik hotel sambil layan muvi ape tah kat tv tu. dia kata kes postponed. of koz la mood ilang kan. sbb awal pagi lagi dia dah bangun siap2 nak ke court. kalau aku pon bengang gak. takkan la dah tau pospon takleh nak bgtau kan kan kan? perlu ke sampai dirik kite smpi sana baru tau kensel. ermm memang buleh mendatangkan marah. tapi aku lagi suke sbb buleh spend more time kat KULAI hehe.

then tunggu sampai radhi dtg balik hotel. pastu kami decide nak terus zasss ke kulai petang tu jugak after lunch and check out from the hotel.

dalam kesempatan itu...

fokus on the next pic. view daripada "opis" seseorang daripada tingkat 17. bangunan Ansar.
menyempat singgah opis En Sukeri. hehe. aku sampai2 jer terus sms dia kata aku kat jb. then sempat pulak jmpe dia sat kat bawah tu. singgah sat minum pekena neskepe ais kat restoran "singgah selalu". sempat juga dikenalkan dengan Cik Radhi. anyway thanks coz layan wp kejap kat JB tu. next time aku nak soh ko bawak aku jalan2 kat jb ye Syuk! haha temanya bile lah nak ke JB lagi tu. nak tunggu org tu otstesen lagi ke?


ptg tu lepas setel ngan hotel dan kemas barang2, terus shoot all the way to Kulai.
roughly dalam sejam lebih gtu la. sbb jalan kat JB dah banyak sehala. so kene pusing2 sket. tp sebelum tu sempat singgah kt TNB jb sbb nak setel few things kat situ ngan radhi. hehe.
pusing2 then singgah kat Mee Rebus Tulang kat bawah pokok. then balik ke kulai.

journey to JB from KULAI was superb. kepala otak aku ni dok try to capture as many view as i can sbb pemandu pelancong kat sebelah tu all the way kene kenalkan dengan semua tempat sepanjang perjalanan ke Kulai. dia tak bagi aku terlelap walau sedetik lebih. hehe

yelah kalau takat nak tedo, ape lah ertinya jalan2 kan. nak kene version KUDA vs ULAR satgi. haha. macam2 tempat baru aku tengok. dan satu kesimpulan aku pasan nama tempat2 kat johor ni banyak dari huruf "S".. antaranya, Saleng. lagi ape ntah aku lupe hehe. aritu aku ada ingat banyak. nanti soh Radhi edit hehe.

dalam pada tu sempat dia tunjuk few places yg meninggalkan kesan yang mendalam kalau dia kat KL. antaranya :

1) KIT MART ke betui ke eja dia hehe.. tapi pasar basah ni mmg best sbb sangat besa menjual barang2 basah. macam GIANT, tapi kat sini lagi beso dan banyak kedai2. sayur, ikan , ayam, udang

2) GREEN POINT - ni kedai baju yg agak outstanding kat area Kulai. hehe. happen to be ada satu hal aku kene carik CIMB. then pusing nyer pusing terlepas simpang, pastu g pusing jauh hale ke depan ate nyer. haha skali tu u-turn tup2 ada satu CIMB ni betui2 bawah green point yang diperkatakannya pun heheheeheh.. so setel laa pusing2 carik CIMBenk sambil melihat keindahan alam Bandar Kulai. hehehe. mmg dah pesat membangun.

macam2 ada. soon to be like bandar PJ such as Bukit Gasing. who knows kan?
habis pusing2 tu kami teruskan journey ke Bandar Tenggara which placed Radhi's home sweet home. FSB ~ felda sungai sibol. having journey to FSB as usual akan melalui so luas kawasan kelapa sawit saujana mata memandang. seluas2nya. ermm. otw tu nampak la Felda Taib Andak tempat Mawi tu kan.

fuh at last sampai jugak umah radhi. tapi sebelum tu sempat aku prektis dialog dalam kete :

"assalamualaikum makcik.... apa khabar, sihat ke?" hehehehe.... temanya..

around 6pm++ sampai la umah radhi. @ Felda Sungai Sibol. and jangan tak tahu, ada 2 padang golf.. hehehe...

sampai umah radhi terus di sambut dengan mak ang ayah radhi. erm.
and suddenly i was thinking of my late parents. :-(


ahhh.. mata dah sleepy.. (-_-) sambung esok utk hari ketiga...



.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Day 1st, still - nite @ JB or, Stulang Sea Food..

yeah, here comes the entry.
selepas bermalas2an kat hotel, then kami gerak ke Stulang sifud. sepertimana yang direkomenkan sebelum ni utk pegi. tapi kami pergi berempat. dengan opismet radhi, as usual Aishah dan En Suffian (thanks ye sbb sudi belanjai nye kami pun..hehe)

wp mata dah mengantuk, then lepas dapat tengok makanan2 sampai, kami pon segar bugar. haha. macam tak biasa kan. tengok jer la gamba tu smpi tak muat kamera nak masukkan semua nya. haha. takleh miss is "satay" haha. tu kire a must! but in the end, "langsaiiiii!!!"takde baki takat kuah2 jer meleleh. hahaahha.

at the same time, sempat gak la mata meliar kan, saje tengok penduduk2 JB.
bule tahan ranggi anak2 muda di situ. lagi pun taim tu kami lepak sampai agak lewat gak. but it doesn't bother me at all. heee. sbb i just want to feel the nite, having fun and enjoy the view.

radhi kata : "kutie, tu sberang tu dah spore tau... tengok laa.. tu sana tu. nmpak tak?"

yg aku ni punyer lah terjengok2 tengok, mane laa setesen janakuasa tu.
dah ler malam, nampak jer la lampu.

"kalau berenang sampai ke sana?" aku tanya
"sah2 sampai, tapi tahu ke berenang.. hehe" radhi

aku sah2 la lemas sblm sampai ke Temasek. hahaha.
tapi kalau gitu la dia punyer dekat mmg bule sampai hehehe. berangan la pulak nak ke sana haha. sah2 kene tangkap. sbb pasport pon dah basah. satgi kata pasport pelesu.

kite bersambung utk hari ke dua ye....!!







.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Talking about my trip to Radhi's hometown, Kulai and JB....

Ermm saje book dulu entry ni sbb x abis lagi cite pasai trip ke JB (pestaim). Papehal pun aku paste duluk gambar ni ek. -nti aku edit kt web,hp ni kecik sgt- ok cer cite cer cite...

16hb feb ~ rabu
masa ni travelling day, cik radhi kata nak g awal sket, tapi sbb dia ada meeting, then kite pon tunggu dia lepas asar baru gerak ke JB.. so dah siapkan semua barang2 sbb dah packing awal giler.. hehehe.. pastu gerakla dengan jayanya, sampi RNR seremban berenti jap sbb cik radhi nak kudap2.. hehe.. kite dah makan taim tu.. so minum jer..
then terus drive all the way to JB.. tak berenti2 lagi dah sbb stret then nak sampai awal sket..
sepanjang jalan tu macam2 laa kan berborak toksah nak cakap, dari satu chapter ke satu chapter yang lain... diselangi dengan kadang2 kala lagu "sedetik lebih" yang telah menjadi perbualan sepanjang jalan... ermm... tiap journey sure ada lagu tema kan.. kelassss...

aku ni dah ler tak penah nak menyampai ke JB. paling jauh pon segamat, tu masa tahun 2001 kut, melawat Risya kat ITM segamat masa dia buat Degree Acc. pastu mane ada jejak kaki dah. nak kata dapat bakal somi takde pulak sampai ke johor. hahaha. perjalanan agak smooth sbb maybe time tu bukan cuti skolah pon then takde la nak bersesak2 macam selalu tu. then sbb kami balik time weekedays. so obviously tak mentensenkan pemandu di sebelah.

sampai dah kat ayer keroh, pastu sampai exit mana tah. sbb aku ni kalu jadi co-pilot sah2 tak konsentrate sbb dah ada drebar. hehehe. malas temanya. tapi nak kene ingatkan sbb nak g balik bulan 6 utk wedding adik Radhi. hehehe. ingatkan exit KULAI, then masuk ke jalan INAS. haha. terror kan? insyaAllah ingat la...

view dia takde la boring sangat, tapi mmg beza la daripada hiway UTARA sbb utara tu banyak dan macam2 view nye, bukit lah, gunung lah, trowong lah. tapi stil ok sbb hiway tak hilly so kerete jalan stret dan bule save minyak. hehehe.

dah nak magrib tu kami already pass by sempadan Johor.. then Radhi tibe2 buat countdown.. aku pon ekot laa skali.. ape lagi jerit laa dalam kete sbb dah masuk Johor!!!!!!!! hahahaha....

pastu, sebok lah aku ni dok snap2 gambar sbb we are entering and heading to JB. wahh.. sangat impress. macam kat the other side of the world jerk. masa tu dah around 8pm. so radhi kata cepat kot sbb gerak dari bangi kul 5, lebih kurang la sbb radhi tak speeding pon. (agaknyer lah)

dah masuk town jb, rasa peghak tu mmg aku terpaksa akui, cuma sbb malam aku rasa tak clear sangat view. cuma aku buleh nampak kesesakan. then aku view few signboard to "woodlands" , "singapura". hehehe. then dah beria2 amik gambar terus heading ke Puteri Pan Pacific, hotel yang kami akan stay.

parking susah plak time tu, radhi kene ronda 2 kali baru parked. then apa lagi, terus g check in dan terus naik ke level 9.. ting!! lif pun bukak, then kami terus serbu bilik!.arrrgggghhh leganye...

I'M ALREADY AT JAYBEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

-to be continued for 2nd day-




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone ~ edited